dunia aku sendiri

rindukan keredhaan

Yang Maha Esa
masih, adakah ruang kebenaran untukku

tembusi lagi...



Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...



ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..




ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..



19 Oktober 2010

SENDIRIAN AKU..

sendirian aku mengorak langkah kaki ini..
aku senang dengan tingkahku...
alam yang ramah sentiasa menyapa pagiku...
damainya ku rasa tika ini...
aku melihat ragam manusia disekelilingku..
menafsir setiap gerak dan gerinya...
sendirian aku mencari erti hidup ini...
menjenguk disegenap ruangan..
melakar kebebasan diri...
aku duduk di pangkin lama ini...
melepas penat yang singgah sebentar..
pantas aku mendongak ke atas...
terlihat bangga memandang burung gergasi itu terbang bertemankan awan yang memutih..
sangat menakjubkan ciptaan manusia ini..
aku menoleh lama di kiriku..
terpancar kepayahan seorang tua..
mengatur langkah yang lemah dan tidak berdaya...
aku lantas ingin menghulurkan bantuan..
namun belum sempat, seseorang lebih pantas memberi khidmatnya..
Ya Allah...barulah ku sedar..
sebenarnya masih ada insan yang murni hatinya...
kemudian, aku duduk lagi di pangkin ini..
lama.....
sambil minda dan tanganku laju mencatat ilham yang singgah..
di buku kecilku, aku mengarang dan berkongsi suka duka
pena biruku sentiasa bersama menemaniku..
setiap bait kataku diluah kemas...
seketika penaku terhenti..
mataku terarah hairan...
melihat akan seorang budak kecil yang menangis hiba..
hatiku tertanya2 mengapa...
dan segalanya terjawab pabila sang ibu sedang memarahi si kecil itu...
atas sebab yang aku sendiri sukar mengerti...
aku teruskan penulisan..penaku mula pantas menari riang..
hati puas berada disini...
ya !! di bumi melaka ini, aku menjadi insan yang berguna..
tinggallah kenangan pahit dan manis yang tercipta di sukma jiwaku..
tidak akan aku lupakan..
tidak akan aku hapuskan momen ini..

bintang hati saya...

saya ada dua bintang...
satu bintang untuk awak..
satu lagi untuk saya..
hanya awak bintang dihati saya..
dan hanya saya bintang dihati awak...
saya nak awak simpan bintang ni...
kerana ia adalah bintang yang sukar diperolehi..
hanya awak dan saya sahaja yang ada bintang ini..
hanya kerana awak bintang dihati saya..
selalu bersinar dengan senyuman keikhlasan..
saya tak akan lupakan bintang hati saya ini..
bintang hati saya...
saya akan sentiasa doakan awak..
tak kira dimana awak berada sekalipun..
bintang hati saya...
saya nak awak dengar dan mengertikan setiap nukilan ini..
saya sayangkan awak seadanya...
saya harap awak fahami isi hati saya..
tiada bintang lain yang mampu bercahaya
di hati saya ini melainkan adanya awak..
awaklah bintang hati saya!!!

4 Oktober 2010

selamanya akan ku ingat..

sesungguhnye kite sbg mnusia yg diamanahkn di bumi ini harus ingt bahawa bkn kite shj yg mdiami bumi Allah ini..ade lg makhluk Allah yg bersama2 bernaung di bumi ini..kuatkn la semangat hambamu ini ya Allah..sesungguhnya aku mohon pelindungan dariMu ya Allah..

30 September 2010

HATI AKU BERKATA

knape tiada kesudahan yang indah..aku sayng dia..tp knpe dia ssah nk paham..pedih hati ini tatkala warkah tiada ungkapan ku terima..hati ini menangis parah...mencari kekurangan diri..hati ini juga berkata yang aku sukar menerima segala yang terjadi...puas kupujuk hati ini agr 3me segala ktentuan dengan hati yg tersenyum melihat kegembiraannya...namun aku hampa!! kerana aku amat mencintainya..setulusnya..Ya Allah...bantulah hatiku ini..berikan aku ptunjukmu...

27 September 2010

DIA ATAU KAMU

Siapa yang aku cintai?
Dia atau kamu?
Namun yang pasti aku tidak mahu kehilangan
Dia dan kamu..
Dia terlalu mengasihiku
Segalanya untukku..
Kamu pula melayaniku tanpa sempadan yang jauh
Sentiasa dekat denganku...
Siapa yang perlu aku serahkan hati ini?
Meskipun dalam hati masih belum pasti
Sinar yang ku cari masih berbunga layu
Tidak tahu bila akan mekarnya
Namun ku pasti..
Aku ingin bersamamu melewati
Segenap masa ini..
Tapi aku takut
Kerana aku banyak kekurangannya..
Aku ibarat pasir yang dipijak-pijak manusia
Engkau pula umpama
Angin yang sentiasa didambakan setiap insan
Sentiasa mendamaikan hati yang membara
Adakah masih ada ruang untukku berlari riang bersamamu?
Adakah engkau mengerti perasaan halusku ini?
Aku mencintaimu!!!
Fahamilah wahai Adamku..
Tetapi siapakah Adamku yang sebenarnya?

KOTAK

Lahirnya dengan corak dan bentuk yang unik
Dalam sedar, kita amat memerlukannya
Kita saling menginginkannya
Kerna...
Ia pelindung yang baik
Kerna...
Ia mencantikkan sesuatu yang indah
Tatkala mata terpaut kasih
Hati mula ingin memiliki
Terasa bagai jiwa mengulum alunan riang
Tampak ia indah memukau
Itulah ia...
Sangat mengotakan janji
Jarang sekali membuat onar
Tidak terlihat jasa yang dipersembah
Namun,
Kewujudannya hanya sebentar
Dipandang sepi setelah dimiliki
Jasa ditabur, keusangan menjadi balasan
Dibiar kosong dan dibuang mudah
Tinggallah ia tanpa dipandang
Mengharap alam menabur belas
Itulah suratan hayat sebuah ‘kotak’
Yang hanya menemani saat diperlukan
Yang tak dihargai khidmat diberi
Manusia hanya mementingkan diri
Lupa pada pemberiannya...

23 September 2010

CINTA remaja

Saat mekarnya cinta
Manusia khayal dalam kesamaran
Tumpas dalam percaturan CINTA...
Mengapa ada CINTA??
Perlukah berCINTA??
Kita sebenarnya kalah dengan CINTA...
Tersandung di pertengahan pelayaran masa
CINTA membunuh..
CINTA juga menghidupkan...
Permainan CINTA sukar diungkap
Melibatkan pelbagai perasaan dan emosi..
CINTA antara insan
CINTA antara haiwan
CINTA antara alam
CINTA antara Nabi dan
CINTA antara ALLAH...
Benarkah CINTA??
Terlalu dalam maknanya..
Sukar mencari purnama yang suram
CINTA yang disemai mudah mekar
Andai dibaja dengan 1001 redha Illahi..
Keinsafan harus terbit dalam diri setiap insan..
Menyingkap setiap bait kata..
Merungkai setiap maksud...
Agar menjadi kenangan semalam yang penuh dengan kesedaran..
CINTA remaja, CINTA mengasyikkan..
Dalam asyik, timbul duri yang berbisa..
Sang arjuna menagih kesetiaan..
Sang arjuni membuktikan taat setia tiada bandingan
Malam dan siang menjadi penonton
Kehangatan CINTA remaja membuak-buak
Terbuktilah kesetiaan sang arjuni..
Berbanggalah sang arjuna memiliki takhta terindah
Namun, Allah itu Maha Melihat..
Turunlah bala pada CINTA remaja..
Diberi benih hidup kepada sang arjuni...
Maka,
Bertemu sang arjuni dan sang arjuna
Mencari jalan dalam kekalutan
Akhirnya, yang tidak berdosa menjadi mangsanya
Dibuang,dicampak,dibiar dan dihumban sesuka hati
Tiada belas, tiada kasih..
Tinggallah si kecil comel tanpa teman
Ada yang Ditinggalkan tanpa nyawa..
Dan ada  yang Ditinggalkan masih bernyawa
Lalu, apakah kesudahan si kecil itu?
Apakah agamanya?
Siapakah ibu bapanya?
Bilakah tarikh kelahirannya?
Bagaimana corak hidupnya nanti?
Dapatkah dia sesuaikan diri dalam masyarakat?
Ya Rabbul Izzati..
Engkau lindungilah insan mulia ini
Kerana mereka tidak bersalah..
Ampunilah kedua ibu bapanya
Kerana mereka mungkin terbabas dari landasannya
Berilah mereka peluang
Mengubah hidup dengan kekesalan..
Turunkanlah hidayahmu dan Engkau jauhkan segala kemungkaran
Ya Allah..pohonku..
Engkau lindungilah kami semua daripada
Bergerak tanpa akidah dan akhlak yang mulia...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Amin....








ibu tolong saya!!


‘ibu..saya sayang dia bu, saya terasa kehilangan dia saya menyesal kerana biarkan dia..
Ibu tahu..dia sentiasa ada kala saya kesunyian, dia selalu ada tika saya perlukan semangat..ibu!! saya rindukan dia bu..apa yang harus saya lakukan?? Dia dah tinggalkan saya..masih ada peluang untuk saya menyesali perbuatan saya pada dia?? Ibu..tolonglah..tolong bagi saya kata-kata semangat..ibu, saya nak jumpa dia..saya nak minta maaf pada dia..saya banyak buat salah pada dia..ibu!! parahnya hati ini..hanya dia yang bisa mengubati luka ini..ibu nak tahu satu cerita tak? Hari tu masa saya ketandusan perasaan, saya cari dia. Dia bagi saya semangat bu.. Dia pimpin saya.. Dia suruh saya solat Istikharah.. Tapi saya tak pandai.. Dia ajar saya sampai saya faham.. Ibu tahu, Allah itu Maha Penyanyang.. Dia bagi saya petunjuk.. Tiga hari berturut-turut saya mimpikan perilaku seorang wanita.. Wanita itu telah berjaya membuatkan hati saya tidak keruan.. Tapi bu, saya tak dapat lihat wajahnya.. Saya cinta dia dalam mimpi.. wujud ke dia bu?? Namun cinta saya pada dia sekejap je..kenapa?? kerana hati saya dah buta..saya pilih yang lain.. saya lupakan dia... walhal dialah yang saya puja dalam lena.. tapi bila terjaga, wanita lain yang saya cari.. saya tinggalkan dia kerana wanita itu.. kejamnya saya!! Saya tak kesah tentang perasaan dia.. saya biarkan dia dengan dunianya.. malah saya melemparkan puitis yang amat menyakitkan pada dia.. tapi masa tu saya memang tak kesah.. saya hanyut dengan permainan cinta wanita ini.. wanita ini, pandai menggoda,.. setiap waktu ingin bersama.. setiap ada sale di pasaraya.. setiap kali itulah saya korbankan wang untuk wanita ini.. wanita ini, selalu merengek.. nak itu dan ini.. mulanya saya  ikutkan saje sebab dah sayang.. namun lama-lama wanita ini makin menjadi-jadi..saya dah tak tahan bersama wanita ini.. pengikis!!! Masa ini saya teringat dia.. suara dia yang tenang..pertuturan dia yang lembut..tidak seperti wanita ini !!! kasar dan keras kepala...  Ya allah, rindunya saya pada dia.. puas saya menghubungi dia, tapi tak dapat..macam-macam usaha saya lakukan..tapi dia tak dapat dikesan.. kemana dia?? Marahkah dia? Merajukkah dia?? Hmm.. seminggu sudah saya cuba hubungi dia, tapi fonselnya tak aktif.. hati saya resah sangat bu.. saya risau sesuatu yang buruk terjadi pada dia.. sekarang baru saya sedar, memang saya tak dapat hidup tanpa dia.. tapi semuanya sudah terlambat..dia hilang tanpa khabar.. mungkin dia terasa hati dengan kata-kata saya selama ini.. saya tuduh dia macam- macam..  kejamnya saya!! Terasa mahu menjerit sekuat hati menyeru namanya.. sekiranya dia ada dihadapan saya detik ini.. saya sanggup melutut dikakinya.. saya ingin mohon maaf atas keterlajuran saya selama ini.. tapi dimana dia?? Argh!!!! Buntunya saya..ibu, bantulah saya.. berilah saya kekuatan untuk menahan gelodak hati ini yang amat rindukan dia.. 3 minggu selepas itu, ibu tahu apa pekhabaran yang saya terima?? Dia dah TIADA bu !!! saya tak percaya.. namun itulah kesahihannya..dia dah tinggalkan saya bu.. bukan sekejap malah untuk selamanya.. ibu!! Kenapa dia pergi terlalu awal? Saya tak sempat minta maaf pada dia.. saya tak sempat nak bagi tahu yang saya CINTAkan dia setelus hati..mengapa mesti kesedaran saya lambat datang!! Mengapa mesti saya kehilangan dia!! Ibu!!! Saya tak dapat tahan perasaan ini.. sedih dan sayu sangat.. kenangan saya dan dia bermain ligat di tubir mata saya..  tapi satu je, saya takkan mengalirkan airmata.. sebab dia tak ada untuk sapukan airmata saya.. saya nak keluar sekejap bu.. saya nak cari bunga mawar.. saya nak berikan pada dia.. saya nak ziarah dia.. saya nak lagukan dia Yassin agar dia sentiasa tenang.. saya nak buang rumpai yang memenuhi kediaman dia.. saya nak gilap batu nisan dia.. saya nak temani dia walau berlainan tempat..saya yakin dia pasti tunggu saya tatkala saya sampai nanti.. tak sabar saya nak menjenguk dia.. mesti dia keseorangan.. ibu...saya pergi dulu ya!!
Assalamualaikum.. awak, saya dah sampai..saya bawak air mawar yang awak pinta.. awak tunggu sekejap ya, saya nak sedekahkan awak bacaan Yassin.. lepas tu saya sirami kediaman awak dengan air mawar ini.. sabar ya...
Awak...saya harap awak tenang dan damai kat sana.. saya tak dapat temani awak disana, sebab masa saya belum sampai.. tapi awak jangan risau,.. saya janji..saya akan selalu datang jenguk awak kat sini.. hmm, awak... awak tahu tak betapa luluhnya hati saya bila dapat berita ketiadaan awak.. awak tahu tak, saya bagai orang keputusan nyawa masa tu.. saya tak dapat terima pemergian awak..tapi saya tak nak seksa roh awak.. jadi saya relakan awak pergi.. tapi tidak dihati saya.. dihati saya, awak tetap terindah dan teratas.. saya tak tahu, sama ada saya akan berjumpa lagi dengan wanita seperti awak.. awak adalah yang terbaik pernah saya jumpa.. tidak pernah awak menyakitkan hati saya dan orang lain.. sifat awak yang suka merendahkan diri itu betul-betul membuatkan saya mengagumi awak.. senyuman awak, gelak tawa awak.. semua itu hadiah yang tak terhingga untuk saya..saya akan kenang selamanya wak... saya nak awak terus hidup dalam hati saya...dan awak tahu, paling saya kesali adalah saya biarkan awak.. awak tahu? Awak lah jodoh saya.. gambaran seorang wanita dalam mimpi saya itu adalah awak.. berbaju kurung dan bertudung litup.. masa tu awak dan kawan-kawan pergi bersiar-siar ditepi pantai..awak bergambar ditepi pokok kelapa... gambaran itulah yang selalu hadir dalam mimpi saya.. tapi kenapa masa tu saya tak dapat cam awak? Andai masa tu saya tahu itu awak, pasti saya tak kan biarkan awak..saya pasti ikat awak agar tidak jauh dari saya..awak pasti milik saya.. tapi kita hanyalah manusia, hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya..takdir kita begini.. jodoh kita hanya di alam fana..bukan di alam maya ini.. awak tunggu saya ya.. nanti saya menyusul..tunggu tau!! Hmm ok lah wak.. dah senja ni, saya kena pulang dulu..nanti ibu risau.. awak berehat ya..assalamualaikum cinta...

assalamualaikum CINTA

Ku titipkan warkah senandung malam ini
Istimewa untukmu..
Tatapilah bingkisan ini
Andai aku pergi dahulu..
Agar aku sentiasa terpahat dalam hatimu yang paling murni..
Awak ingat lagi tentang saya?
Hmm..mungkin awak dah lupakan saya...
Tapi..saya tak pernah lupakan awak..
Waima saya tak lagi wujud dibumi ini..
Awak tahu kenapa saya suka awak?
Sebab awak selalu tersenyum dan ketawa..
Senyuman awak penawar hatiku bila kerinduan..
Ketawa awak peneman malamku kala keseorangan..
Saya rasa bertuah sangat pabila dapat bersama awak waima hanya seketika..
Awak tahu saya cintakan awak?
Mestilah awak tak tahu..
Sebab saya cintakan awak dalam diam..
Cinta saya untuk awak bagai bintang dan malam..
Kerna bintang sentiasa menemani malam..
Dan malam ceria dengan adanya bintang..
Namun..keadaan selalu cemburukan cinta saya pada awak..
Hujan dan ribut merampas segalanya dalam sekelip mata..
Kenapa awak tinggalkan saya?
Kenapa awak tak pandang saya langsung?
Kenapa masa susah dan kesedihan awak cari saya?
Kenapa awak selalu curahkan isi hati awak pada saya?
Kenapa hati ini juga yang awak biarkan meratap keseorangan?
Kenapa??
Dimana awak tika jiwa ini terluka?
Dimana awak saat saya ingin memejamkan mata ini?
Dimana awak?
Awak tahu apa yang saya hajati sebelum nyawa ini terlerai?
Saya nak lihat awak untuk kali terakhir..
Saya nak lihat senyuman dan dengar ketawa awak..
Saya nak peluk awak..
Saya nak berterima kasih dengan awak..
Saya nak ucapkan selamat tinggal pada awak..
Tapi...
Awak tak datang jenguk saya..
Awak hanya berkirim pesan
Awak kata awak sibuk..
Awak kata saya hanya omong kosong..
Awak kata saya berpura-pura...
Awak kata saya ingin menagih kasih awak...
Awaaaaaak...
Jika dulu..ya!! saya mengaku..
Tapi sekarang saya sudah tidak berkesempatan..
Saya hanya mampu doakan kebahagiaan awak
Saya tak pernah cuba merampas awak dari dia
Saya tahu saya bertepuk sebelah tangan
Saya tahu saya tak layak bersama awak..
Tapi awak..saya tak tipu..
Saya dah nak tinggalkan awak..
Tinggalkan untuk selamanya..
Saya mohon maaf pada awak..
Terkilan saya untuk melihat awak..
Awak....
Masa saya dah sampai..
Saya minta diri dulu..
Saya janji akan sentiasa doakan awak..
Saya pergi dulu...
Sebelum tu, saya nak awak berjanji..
Satu hari nanti..
Bila awak tahu kebenaran..
Saya tak nak awak tumpahkan airmata awak
Sebab saya tak mampu nak sapu airmata awak..
Cuma saya harap..
Awak datanglah ziarah saya..
Bawak air mawar ya..
Saya mesti dahaga masa tu
Dan lagukan Yassin tuk saya..
Awak jangan bimbang..
Saya dah maafkan awak...
Akhirkata...
Assalamualaikum cinta...

22 September 2010

LUAHAN RASA

semakin lama kita mengenali seseorang itu,
semakin kita tidak faham akan perangainya seseorang itu...
aku tergamam sendirian..memikirkan kebenarannya..
namun disebalik kabus tebal iti,
aku terlihat cahaya menyinar..justeru..
aku temui jawapannya..
benarlah kata pujangga
perangai manusia selalu berubah2..
tak pernah wujud pendirian yang utuh
semakin lama kita mengenalinya,
semakin banyak karenah yang bakal dipetontonkan..
mampukah kita menempuhnya??
buka hati, buka minda..
tengok siapa yang muncul dihadapan...
carilah yang benar2 ikhlas menyanyangi..
agar kita tidak kehampaan dikemudian hari...
carilah yang betul2 memahami kita...
agar tiada yang terguris rasa...
carilah yang beriman...
agar Allah sentiasa bersama..
celikkan matamu wahai sang pencipta!!
pilihlah yang sebaiknya..
janganlah dikau menangisi kekesalan pada hari muka...
aku sentiasa doakan kebahagiaanmu..
walau aku tak pernah wujud dalam hatimu...
walau aku tiada lagi didunia ini...
tatapilah luahan rasaku ini..

20 September 2010

CINTA







bersabar lah... ingat!! apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
kita mungkin menyayanginya sepenuh hati...namun siapa tahu..
esok lusa kita bakal keseorangan meratap kesunyian..
jangan salahkan takdir!! kita kena pahatkan didalam hati bahawa
setiap yg terjadi ada sebabnya...
kita kena yakin Allah itu Maha Penyayang...
dan tidak akan memberi dugaan andai kita tidak mampu untuk menanganinya..
Ingatlah !!
Jodoh pertemuan ajal dan maut adalah ketentuanNya...
tiada manusia mampu melawan kehendakNya..
jika kita rasa dia adalah terbaik untuk kita...
harus kita ingat bahawa ada lagi yang terbaik yang telah Dia janjikan...
lantas, kita sbg hambanya wajib bersabar dan sentiasa berdoa agar diberi sebaik2 lelaki/wanita
kepada kita, untuk kita jadikan pedoman,pemimpin dan sentiasa bersama
dalam susah mahupn senang...
jangan kusutkan fikiran memikirkn CINTA..
kerna CINTA manusia bersifat kekal diduniawi...
CINTA Allah kekal selamanya...
namun aku akui, sebagai khalifahnya, sukar untuk aku melarikan diri dari memikirkan
CINTA sesama insan..aku terdiam menunduk sepi..mencari kedamaian...akhirnya apa yang aku temui
adalah CINTA harus dicari dan mencari kerana ia saling melengkapi..
indah..namun sentiasa bergelora...
syahdu..tapi hatinya parah didalam menahan rasa...
CINTA!!!!...
kata kata keramat yang terbit dari bibir manusia..
kerana CINTA kita rosakkan akal dan hati...
dengan CINTA juga manusia kembali bangun semula..
Arghhhhhh!!!!!
sukarnya menafsir erti CINTA...
konklusinya...
terpulang lah pada individu itu bagaimana mahu menghadapinya..
berCINTA dengan Allah..insyaAllah Allah akan sentiase menCINTAI kita...

14 Ogos 2010

Lawak pak lebai

hahaha..waima lawak neh da lame..tp aq suke tgok..terkekek2 aq tgk..mengom la!!! hahaha..saket usus aq gelak..

zam-terus menunggu

hmm..lagu neh dinyanyikan oleh abg EZAM...hehehe..bliau neh ade band..nme band bliau TIMETABLE..dilahirkn di kulai...hmm...dengar ler sesame yer...

DEHEARTY INSPIRASI HATI

Angelika - Tanya Pada Siapa

BLiZ - Mimpi Yang Mati

Nasyid Permata Yang Dicari

Tanda kebesaran Allah

demi kaseh ini

demi kaseh ini
aku korbankan perasaan
demi tulusnya cinta..
aku curahkan segala kepercayaan
demi sebuah kebahagiaan
aku sandarkan setinggi harapan...
demi engkau
aku luaskan pandangan
walau jelas nyata
aku cuma mengharap..
engkau yang aku puja hancurkan hatiku
tiada belas kau buatku begini..
aku tega dan pasrah membawa cinta ini
jauh darimu dan tidak akan berpaling lagi..

13 Ogos 2010

menanti pagi


epilog diriku


19 januari 1990

Tarikh keramat aku dilahirkan

Aku tidak mengenal erti kehidupan

Aku hanya tahu

Menangis dan terus menangis

Aku dibesarkan dengan

Penuh kaseh sayang daripada

Kedua ibu bapaku

Mencorak aku menjadi insan yang berguna

Mereka tabah dan tidak pernah merungut

Dengan karenahku...

Aku ada seorang nenek

Nenek yang aku amat kasihi

Nenek yang banyak berjasa pada diriku

Aku juga ada seorang kakak

Kakak yang amat memahami keinginanku

Kakak yang sentiasa mendahulukan aku..

Aku ada seorang abang

Tegas dan gagah orangnya

Tetapi sayang seribu kali sayang

Ingatannya kepada mak abah terlalu cetek...

Jarang sekali membuat hati mak abah bahagia

Aku ada empat orang adik..

Kesemuanya ‘hero’

Nakal..tetapi merekalah buah hatiku...

Aku cinta semuanya!!!

sedamai kaseh

cinta mekar disirami
kilauan permata
kasih bersemi kerna dibajai
keagungan emas
saat ini...
sukar sekali melihat
cinta harum dengan alunan zikrullah
kasih berkembang dengan
bacaan ayat suci Al-Quran..
kita hanya memandang duniawi
menafikan  keindahan ukhrawi
alangkah bahagianya cinta dan kasih andai
ianya disirami dan dibajai
dengan 1001 redha Illahi....