dunia aku sendiri

rindukan keredhaan

Yang Maha Esa
masih, adakah ruang kebenaran untukku

tembusi lagi...



Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...



ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..




ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..



13 Ogos 2010

menanti pagi


epilog diriku


19 januari 1990

Tarikh keramat aku dilahirkan

Aku tidak mengenal erti kehidupan

Aku hanya tahu

Menangis dan terus menangis

Aku dibesarkan dengan

Penuh kaseh sayang daripada

Kedua ibu bapaku

Mencorak aku menjadi insan yang berguna

Mereka tabah dan tidak pernah merungut

Dengan karenahku...

Aku ada seorang nenek

Nenek yang aku amat kasihi

Nenek yang banyak berjasa pada diriku

Aku juga ada seorang kakak

Kakak yang amat memahami keinginanku

Kakak yang sentiasa mendahulukan aku..

Aku ada seorang abang

Tegas dan gagah orangnya

Tetapi sayang seribu kali sayang

Ingatannya kepada mak abah terlalu cetek...

Jarang sekali membuat hati mak abah bahagia

Aku ada empat orang adik..

Kesemuanya ‘hero’

Nakal..tetapi merekalah buah hatiku...

Aku cinta semuanya!!!