dunia aku sendiri

rindukan keredhaan

Yang Maha Esa
masih, adakah ruang kebenaran untukku

tembusi lagi...



Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...



ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..




ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..



27 September 2010

DIA ATAU KAMU

Siapa yang aku cintai?
Dia atau kamu?
Namun yang pasti aku tidak mahu kehilangan
Dia dan kamu..
Dia terlalu mengasihiku
Segalanya untukku..
Kamu pula melayaniku tanpa sempadan yang jauh
Sentiasa dekat denganku...
Siapa yang perlu aku serahkan hati ini?
Meskipun dalam hati masih belum pasti
Sinar yang ku cari masih berbunga layu
Tidak tahu bila akan mekarnya
Namun ku pasti..
Aku ingin bersamamu melewati
Segenap masa ini..
Tapi aku takut
Kerana aku banyak kekurangannya..
Aku ibarat pasir yang dipijak-pijak manusia
Engkau pula umpama
Angin yang sentiasa didambakan setiap insan
Sentiasa mendamaikan hati yang membara
Adakah masih ada ruang untukku berlari riang bersamamu?
Adakah engkau mengerti perasaan halusku ini?
Aku mencintaimu!!!
Fahamilah wahai Adamku..
Tetapi siapakah Adamku yang sebenarnya?