dunia aku sendiri
rindukan keredhaan
Yang Maha Esa masih, adakah ruang kebenaran untukku
tembusi lagi...
Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...
ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..
30 September 2010
HATI AKU BERKATA
knape tiada kesudahan yang indah..aku sayng dia..tp knpe dia ssah nk paham..pedih hati ini tatkala warkah tiada ungkapan ku terima..hati ini menangis parah...mencari kekurangan diri..hati ini juga berkata yang aku sukar menerima segala yang terjadi...puas kupujuk hati ini agr 3me segala ktentuan dengan hati yg tersenyum melihat kegembiraannya...namun aku hampa!! kerana aku amat mencintainya..setulusnya..Ya Allah...bantulah hatiku ini..berikan aku ptunjukmu...
27 September 2010
DIA ATAU KAMU
Siapa yang aku cintai?
Dia atau kamu?
Namun yang pasti aku tidak mahu kehilangan
Dia dan kamu..
Dia terlalu mengasihiku
Segalanya untukku..
Kamu pula melayaniku tanpa sempadan yang jauh
Sentiasa dekat denganku...
Siapa yang perlu aku serahkan hati ini?
Meskipun dalam hati masih belum pasti
Sinar yang ku cari masih berbunga layu
Tidak tahu bila akan mekarnya
Namun ku pasti..
Aku ingin bersamamu melewati
Segenap masa ini..
Tapi aku takut
Kerana aku banyak kekurangannya..
Aku ibarat pasir yang dipijak-pijak manusia
Engkau pula umpama
Angin yang sentiasa didambakan setiap insan
Sentiasa mendamaikan hati yang membara
Adakah masih ada ruang untukku berlari riang bersamamu?
Adakah engkau mengerti perasaan halusku ini?
Aku mencintaimu!!!
Fahamilah wahai Adamku..
Tetapi siapakah Adamku yang sebenarnya?
KOTAK
Lahirnya dengan corak dan bentuk yang unik
Dalam sedar, kita amat memerlukannya
Kita saling menginginkannya
Kerna...
Ia pelindung yang baik
Kerna...
Ia mencantikkan sesuatu yang indah
Tatkala mata terpaut kasih
Hati mula ingin memiliki
Terasa bagai jiwa mengulum alunan riang
Tampak ia indah memukau
Itulah ia...
Sangat mengotakan janji
Jarang sekali membuat onar
Tidak terlihat jasa yang dipersembah
Namun,
Kewujudannya hanya sebentar
Dipandang sepi setelah dimiliki
Jasa ditabur, keusangan menjadi balasan
Dibiar kosong dan dibuang mudah
Tinggallah ia tanpa dipandang
Mengharap alam menabur belas
Itulah suratan hayat sebuah ‘kotak’
Yang hanya menemani saat diperlukan
Yang tak dihargai khidmat diberi
Manusia hanya mementingkan diri
Lupa pada pemberiannya...
Langgan:
Catatan (Atom)