dunia aku sendiri
rindukan keredhaan
Yang Maha Esa masih, adakah ruang kebenaran untukku
tembusi lagi...
Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...
ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..
23 September 2010
CINTA remaja
Saat mekarnya cinta
Manusia khayal dalam kesamaran
Tumpas dalam percaturan CINTA...
Mengapa ada CINTA??
Perlukah berCINTA??
Kita sebenarnya kalah dengan CINTA...
Tersandung di pertengahan pelayaran masa
CINTA membunuh..
CINTA juga menghidupkan...
Permainan CINTA sukar diungkap
Melibatkan pelbagai perasaan dan emosi..
CINTA antara insan
CINTA antara haiwan
CINTA antara alam
CINTA antara Nabi dan
CINTA antara ALLAH...
Benarkah CINTA??
Terlalu dalam maknanya..
Sukar mencari purnama yang suram
CINTA yang disemai mudah mekar
Andai dibaja dengan 1001 redha Illahi..
Keinsafan harus terbit dalam diri setiap insan..
Menyingkap setiap bait kata..
Merungkai setiap maksud...
Agar menjadi kenangan semalam yang penuh dengan kesedaran..
CINTA remaja, CINTA mengasyikkan..
Dalam asyik, timbul duri yang berbisa..
Sang arjuna menagih kesetiaan..
Sang arjuni membuktikan taat setia tiada bandingan
Malam dan siang menjadi penonton
Kehangatan CINTA remaja membuak-buak
Terbuktilah kesetiaan sang arjuni..
Berbanggalah sang arjuna memiliki takhta terindah
Namun, Allah itu Maha Melihat..
Turunlah bala pada CINTA remaja..
Diberi benih hidup kepada sang arjuni...
Maka,
Bertemu sang arjuni dan sang arjuna
Mencari jalan dalam kekalutan
Akhirnya, yang tidak berdosa menjadi mangsanya
Dibuang,dicampak,dibiar dan dihumban sesuka hati
Tiada belas, tiada kasih..
Tinggallah si kecil comel tanpa teman
Ada yang Ditinggalkan tanpa nyawa..
Dan ada yang Ditinggalkan masih bernyawa
Lalu, apakah kesudahan si kecil itu?
Apakah agamanya?
Siapakah ibu bapanya?
Bilakah tarikh kelahirannya?
Bagaimana corak hidupnya nanti?
Dapatkah dia sesuaikan diri dalam masyarakat?
Ya Rabbul Izzati..
Engkau lindungilah insan mulia ini
Kerana mereka tidak bersalah..
Ampunilah kedua ibu bapanya
Kerana mereka mungkin terbabas dari landasannya
Berilah mereka peluang
Mengubah hidup dengan kekesalan..
Turunkanlah hidayahmu dan Engkau jauhkan segala kemungkaran
Ya Allah..pohonku..
Engkau lindungilah kami semua daripada
Bergerak tanpa akidah dan akhlak yang mulia...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Amin....