dunia aku sendiri

rindukan keredhaan

Yang Maha Esa
masih, adakah ruang kebenaran untukku

tembusi lagi...



Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...



ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..




ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..



19 Oktober 2010

SENDIRIAN AKU..

sendirian aku mengorak langkah kaki ini..
aku senang dengan tingkahku...
alam yang ramah sentiasa menyapa pagiku...
damainya ku rasa tika ini...
aku melihat ragam manusia disekelilingku..
menafsir setiap gerak dan gerinya...
sendirian aku mencari erti hidup ini...
menjenguk disegenap ruangan..
melakar kebebasan diri...
aku duduk di pangkin lama ini...
melepas penat yang singgah sebentar..
pantas aku mendongak ke atas...
terlihat bangga memandang burung gergasi itu terbang bertemankan awan yang memutih..
sangat menakjubkan ciptaan manusia ini..
aku menoleh lama di kiriku..
terpancar kepayahan seorang tua..
mengatur langkah yang lemah dan tidak berdaya...
aku lantas ingin menghulurkan bantuan..
namun belum sempat, seseorang lebih pantas memberi khidmatnya..
Ya Allah...barulah ku sedar..
sebenarnya masih ada insan yang murni hatinya...
kemudian, aku duduk lagi di pangkin ini..
lama.....
sambil minda dan tanganku laju mencatat ilham yang singgah..
di buku kecilku, aku mengarang dan berkongsi suka duka
pena biruku sentiasa bersama menemaniku..
setiap bait kataku diluah kemas...
seketika penaku terhenti..
mataku terarah hairan...
melihat akan seorang budak kecil yang menangis hiba..
hatiku tertanya2 mengapa...
dan segalanya terjawab pabila sang ibu sedang memarahi si kecil itu...
atas sebab yang aku sendiri sukar mengerti...
aku teruskan penulisan..penaku mula pantas menari riang..
hati puas berada disini...
ya !! di bumi melaka ini, aku menjadi insan yang berguna..
tinggallah kenangan pahit dan manis yang tercipta di sukma jiwaku..
tidak akan aku lupakan..
tidak akan aku hapuskan momen ini..

bintang hati saya...

saya ada dua bintang...
satu bintang untuk awak..
satu lagi untuk saya..
hanya awak bintang dihati saya..
dan hanya saya bintang dihati awak...
saya nak awak simpan bintang ni...
kerana ia adalah bintang yang sukar diperolehi..
hanya awak dan saya sahaja yang ada bintang ini..
hanya kerana awak bintang dihati saya..
selalu bersinar dengan senyuman keikhlasan..
saya tak akan lupakan bintang hati saya ini..
bintang hati saya...
saya akan sentiasa doakan awak..
tak kira dimana awak berada sekalipun..
bintang hati saya...
saya nak awak dengar dan mengertikan setiap nukilan ini..
saya sayangkan awak seadanya...
saya harap awak fahami isi hati saya..
tiada bintang lain yang mampu bercahaya
di hati saya ini melainkan adanya awak..
awaklah bintang hati saya!!!