dunia aku sendiri
rindukan keredhaan
Yang Maha Esa masih, adakah ruang kebenaran untukku
tembusi lagi...
Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...
ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..
23 September 2010
assalamualaikum CINTA
Ku titipkan warkah senandung malam ini
Istimewa untukmu..
Tatapilah bingkisan ini
Andai aku pergi dahulu..
Agar aku sentiasa terpahat dalam hatimu yang paling murni..
Awak ingat lagi tentang saya?
Hmm..mungkin awak dah lupakan saya...
Tapi..saya tak pernah lupakan awak..
Waima saya tak lagi wujud dibumi ini..
Awak tahu kenapa saya suka awak?
Sebab awak selalu tersenyum dan ketawa..
Senyuman awak penawar hatiku bila kerinduan..
Ketawa awak peneman malamku kala keseorangan..
Saya rasa bertuah sangat pabila dapat bersama awak waima hanya seketika..
Awak tahu saya cintakan awak?
Mestilah awak tak tahu..
Sebab saya cintakan awak dalam diam..
Cinta saya untuk awak bagai bintang dan malam..
Kerna bintang sentiasa menemani malam..
Dan malam ceria dengan adanya bintang..
Namun..keadaan selalu cemburukan cinta saya pada awak..
Hujan dan ribut merampas segalanya dalam sekelip mata..
Kenapa awak tinggalkan saya?
Kenapa awak tak pandang saya langsung?
Kenapa masa susah dan kesedihan awak cari saya?
Kenapa awak selalu curahkan isi hati awak pada saya?
Kenapa hati ini juga yang awak biarkan meratap keseorangan?
Kenapa??
Dimana awak tika jiwa ini terluka?
Dimana awak saat saya ingin memejamkan mata ini?
Dimana awak?
Awak tahu apa yang saya hajati sebelum nyawa ini terlerai?
Saya nak lihat awak untuk kali terakhir..
Saya nak lihat senyuman dan dengar ketawa awak..
Saya nak peluk awak..
Saya nak berterima kasih dengan awak..
Saya nak ucapkan selamat tinggal pada awak..
Tapi...
Awak tak datang jenguk saya..
Awak hanya berkirim pesan
Awak kata awak sibuk..
Awak kata saya hanya omong kosong..
Awak kata saya berpura-pura...
Awak kata saya ingin menagih kasih awak...
Awaaaaaak...
Jika dulu..ya!! saya mengaku..
Tapi sekarang saya sudah tidak berkesempatan..
Saya hanya mampu doakan kebahagiaan awak
Saya tak pernah cuba merampas awak dari dia
Saya tahu saya bertepuk sebelah tangan
Saya tahu saya tak layak bersama awak..
Tapi awak..saya tak tipu..
Saya dah nak tinggalkan awak..
Tinggalkan untuk selamanya..
Saya mohon maaf pada awak..
Terkilan saya untuk melihat awak..
Awak....
Masa saya dah sampai..
Saya minta diri dulu..
Saya janji akan sentiasa doakan awak..
Saya pergi dulu...
Sebelum tu, saya nak awak berjanji..
Satu hari nanti..
Bila awak tahu kebenaran..
Saya tak nak awak tumpahkan airmata awak
Sebab saya tak mampu nak sapu airmata awak..
Cuma saya harap..
Awak datanglah ziarah saya..
Bawak air mawar ya..
Saya mesti dahaga masa tu
Dan lagukan Yassin tuk saya..
Awak jangan bimbang..
Saya dah maafkan awak...
Akhirkata...
Assalamualaikum cinta...