dunia aku sendiri

rindukan keredhaan

Yang Maha Esa
masih, adakah ruang kebenaran untukku

tembusi lagi...



Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...



ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..




ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..



16 Mac 2011

Ya Allah
sungguh sakit rasanya
begini rupanya rasa cinta
terlalu menyakitkan
sakit kerana aku hanya bertepuk sebelah tangan
pedih kerana segalanya hanya aku seorang yang rasa
semuanya kerana salah diriku sendiri
aku...
mencintai insan yang dicintai orang lain
aku...
tidak tertahan perasaan yang kian tumbuh mewangi ini
kenapa ianya harus lahir dari perasaan aku
kenapa aku tidak mampu menghalangnya
dan...
kenapa engkau tidak mencintaiku
setelah pelbagai ceritera kita ukir selama ini
takkan tiada secalit rasa cinta dihatimu buatku
takkan engkau tidak merasakan getaran ini
atau adakah engkau sengaja untuk mengelaknya
pelbagai andaian aku fikirkan
sengaja untuk menenangkan tangkai hatiku
Ya Allah Ya Rabbul Izzati
jika benar dia milikku
satukan jiwa kami, jangan engkau biarkan kami berjauhan
dan
jika dia bukan milikku
engkau perjauhkanlah aku dengannya
agar perasaan ini tidak terus mekar
agar tiada rasa cemburu dihati ini
namun sesungguhnya saat ini
dia terukir kemas jauh di relung hatiku
tetapi hanya aku seorang yang merasakan CINTA ini..