dunia aku sendiri

rindukan keredhaan

Yang Maha Esa
masih, adakah ruang kebenaran untukku

tembusi lagi...



Aku menCINTAIMU kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu, maka hilanglah CINTAKU padamu...



ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun kebawah, tengok mana2 yg boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita utk kita tolong orang lain..




ceritera gadies timur terus mengorak langkah.. tapak demi setapak CGT akan terus mencari dan menimba ilmu dunia yg terbentang luas ini.. belajar mencari apa yang tersirat.. menyingkap setiap apa yg tersurat.. kekadang biar sepi menguasai tetapi janganlah berputus asa sesungguh itu bukanlah nilai yg harus ada.. CGT akan terus bangkit.. CGT akan mjadi diri sendiri.. Doakan CGT selalu..



13 Februari 2011

~~ MaAfkan SaYa ~~

" mulai dari hari ini, saya tamatkan penghubungan kita " .. saya harap awak terima keputusan saya ini.. saya dah tak sanggup lagi menahan perasaan yang kian hidup dlm hati saya.. saya x nak menaruh harapan pada awak lagi.. saya penat... saya sedar siapa saya dihati awak.. hanya sebagai TEMAN TAPI MESRA.. mengalahkan pasangan yang hangat bercinta.. tiada sempadan antara kita.. segalanya kita kongsi bersama.. kita berjalan2 bersama.. kita habiskan malam itu bersama.. awak terlalu "take care " ttg saya.. sikap awak membuatkan hati saya  senang.. cara awak melayan saya, sungguh "gentleman".. awak buat hari2 saya ceria dan tiada episod duka.. gembiranya bersama awak!!! .. alangkah bahagianya saya jika memiliki awak.. awaklah lelaki idaman saya.. kekadang awak menjadi seorang yg sangat romantis.. persis Putera Kayangan bagiku.. ahahahaha.. apa yang boleh aku katakan adalah engkau terlalu istimewa dihatiku.. jauh kedasarnya... aku mencintai engkau sesungguhnya.. namun aku alpa.. aku lupa pada status hubungan kita.. aku hanya dianggap engkau sbg teman.. tak lebih dari itu.. engkau sudah dimiliki oleh wanita lain.. bertuah wanita itu.. walau terbit perasaan cemburu aku pada wanita itu, tetapi aku masih punya nilai murni.. aku masih ada pegangan terhadap kaumku sendiri.. aku xkan rampas engkau dari wanita itu.. kerna aku sedar siapa aku dimata engkau.. dan aku juga tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan.. aku pasti.. engkau xkan menoleh pada diriku tika aku melangkah pergi nanti.. siapalah aku utk engkau berpaling.. aku hanya wanita biasa.. tiada kelebihan dan cuma ada kekurangan.. aku x salahkan dirimu kerana melayani ku dengan begitu baik dan penuh warna warni.. aku xsalahkan engkau dengan timbulnya perasaan  kasih ini.. sebab aku yang menjerat diri ini sendiri.. aku harus salahkan diri ini.. awak !!! bukan niat saya utk akhiri perkenalan ini.. tetapi mengertilah, jika kita masih bersama, aku risau, risau andainya aku x mampu menahan perasaan ini dari terus mencintaimu.. aku xnk engkau menjauh dariku.. biarlah aku yang mengundur diri dahulu.. biarlah ku tanggung derita dan kekecewaan ini.. aku pasti lama kelamaan aku dapat lupakan engkau.. aku akan sentiasa doakan kebahagiaanmu dengan wanita yang kau pilih.. aku xkn merampasnya... awak... saya harap awak kenangi saya dan hargailah persahabatan ini.. halalkan segalanya.. maafkan saya andai kekhilafan banyak kulakukan.. terima kasih atas kebahagiaan ini.. saya pergi dahulu.. assalamualaikum...